mutakhir

Kanak-kanak autisme lemas dalam tasik

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Kanak-kanak lelaki autisme ditemui lemas di tasik Taman Aman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam tadi.

"Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit pada 4 petang.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya berusia enam tahun yang hilang di Taman Aman sekitar jam 4 petang tadi.

Disiarkan pada: February 27, 2024 @ 9:38pm
d