Permotoran

Williams kembali beraksi dengan dua jentera

Oleh Reuters

London: Williams yakin mereka akan kembali bertenaga dengan menggunakan dua jentera pada Grand Prix (GP) Jepun minggu depan.

Ahad lalu ketika di GP Australia mereka hanya menggunakan satu jentera selepas satu lagi mengalami kerosakan akibat kemalangan namun mereka masih belum memiliki alat ganti.

Logan Sargeant terpaksa diketepikan pada perlumbaan di Melbourne selepas rakan sepasukan yang lebih berpengalaman Alex Albon, adalah pemandu nombor satu.

Jentera Albon mengalami kerosakan ketika dalam sesi latihan dan kemudiannya diberikan jentera rakan sepasukan dari Amerika Syarikat kerana kekurangan casis ketiga.

Prisipal pasukan James Vowles berkata, dalam taklimat yang disiarkan di laman web www.williamsf1.com bahawa kedua-dua pemandu akan berlumba di Suzuka.

"Saya yakin kami akan dapat membaiki casis (rosak)," katanya.

"Kami mengambil langkah untuk memastikan casis itu kembali ke sini (di kilang di England) pada awal pagi Isnin, saya rasa ia tiba sekitar jam 2 pagi."

"Di Suzuka kami akan mempunyai dua jentera tanpa terlalu banyak masalah," tambahnya.

Disiarkan pada: March 28, 2024 @ 10:17pm
d