Afrika

Bas terjunam gaung, 45 maut, hanya kanak-kanak 8 tahun selamat

Oleh AFP

Johannesburg: Sebuah bas terjunam dari jambatan ke dalam gaung serta terbakar di Afrika Selatan dan menyebabkan 45 maut, semalam.

Satu-satunya mangsa terselamat adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun namun dalam keadaan cedera parah.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata pemandu bas itu didakwa hilang kawalan, melanggar penghadang di atas jambatan menyebabkan bas itu melepasi jambatan dan melanggar tanah, di mana ia terbakar.

Beberapa mayat rentung terbakar sehingga tidak dapat dikenali, dan yang lain terperangkap di dalam serpihan atau bertaburan di tempat kejadian.

Bas itu mempunyai plat lesen Botswana, kata pihak berkuasa tempatan, tetapi kewarganegaraan penumpang masih diperiksa.

Menteri Pengangkutan Sindisiwe Chikunga ke tempat kejadian dan berjanji siasatan penuh akan diadakan berhubung puncanya.

Jambatan utama itu menghubungkan dua lereng bukit berhampiran Mmamatlakala di wilayah Limpopo, sekitar 300 kilometer (190 batu) dari Johannesburg.

Disiarkan pada: March 29, 2024 @ 9:58am
d