mutakhir

Hujan lebat diramal di beberapa kawasan di 6 negeri sehingga tengah hari

Oleh Ercy Gracella Ajos

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan cuaca itu diramal melanda beberapa kawasan di Semenanjung, termasuk seluruh Pulau Pinang; Hulu Langat di Selangor; Bentong dan Temerloh di Pahang; Jelebu (Negeri Sembilan) dan Pontian (Johor)

Selain itu, cuaca sama diramal berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Disiarkan pada: April 17, 2024 @ 10:06am
d