mutakhir

Laporan harian JSPT: 2,096 kemalangan, 10 kematian

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 2,096 kes di seluruh negara, semalam.

Berdasarkan statistik di Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini menunjukkan peningkatan sebanyak 148 kes berbanding 1,948 kes dilaporkan kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah kematian menurun enam kes daripada 16 kepada 10 kematian, semalam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara real time setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Disiarkan pada: April 18, 2024 @ 12:48pm
d