SEORANG kanak-kanak bermain salji di ladang teh di pergunungan Pinglin, New Taipei City.
AP

Taipei: Lebih 57 orang dipercayai maut, kebanyakannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda Taiwan terutama di ibu negerinya, Taipei.

Gelombang sejuk yang membuatkan suhu jatuh mendadak sehingga 4 darjah Celsius di bandar itu - yang lazimnya mengalami cuaca subtropika dan kebanyakan kediaman tiada alat pemanas - menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.

Jurucakap kerajaan bandar itu, Chang berkata: “Mengikut pengalaman kami, masalah timbul bukan disebabkan suhu yang rendah, tetapi kerana cuaca tiba-tiba menjadi terlalu sejuk mengakibatkan masalah terhadap sistem peredaran darah ramai orang.”

Gelombang sejuk dikatakan menjadi punca 40 maut di Taipei manakala New Taipei City berhampiran melihat 17 lagi kematian akibat cuaca sejuk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 7:24 AM