AT Kumararajah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Lebih 50 wakil industri daripada pelbagai bidang menghadiri pertemuan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun tiada sebarang keputusan berhubung kadar baru levi pekerja asing.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia, Datuk Dr AT Kumararajah berkata, pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira tiga jam dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.

"Pihak industri akan mengemukakan maklum balas dalam tempoh 10 hari kepada kerajaan iaitu penyelesaian sama ada perlu levi itu dinaikkan atau sebaliknya.

"Jika ia perlu dinaikkan, saya berpendapat perkara ini tidak boleh dibuat secara tiba-tiba dan memerlukan perjanjian atau proses tertentu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat dengan majikan dan pelbagai pihak berkepentingan akan diadakan bagi menentukan sama ada kadar baru levi pekerja asing dikekalkan atau dinaikkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 12:59 AM