Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang pelakon dan pelawak terkenal dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000,

semalam.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, artis terbabit ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang.

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya.

Artis terbabit ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 1:41 PM