AHMAD Yakob. FOTO arkib NSTP
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 11 September sempena sambutan Aidiladha.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia diambil sempena hari wukuf jemaah haji.

Katanya, cuti itu juga membolehkan rakyat Kelantan mengambil peluang untuk berpuasa.

"Selepas berbincang dalam mesyuarat, kita mengambil keputusan ini untuk memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan raya haji.

"Kita harap semua masyarakat dapat meraikan Aidiladha dan meluangkan masa bersama keluarga," katanya ketika ditemui di Kota Darulnaim, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 1:34 PM