Jakarta: Ruhut Sitompul - jurucakap calon pilihan raya gabenor bandar raya ini, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok - berkata, calon berkenaan mempunyai banyak persamaan dengan bakal presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump.

Seperti Trump yang memenangi pilihan raya Amerika Syarikat kelmarin, Ruhut berkata, dia juga yakin Ahok akan menang dalam pilihan raya gabenor Jakarta Februari depan.

Katanya, masyarakat sekarang mahukan pemimpin yang tegas dan tidak berdolak-dalik.

“Ini yang ada pada Ahok, seperti yang dimiliki Trump. Jadi saya tidak hairan, jika rakyat Amerika Syarikat memilih Trump kerana ketegasannya, Ahok juga akan dipilih oleh penduduk Jakarta kelak,” kata Ruhut.

Menurutnya, dia begitu yakin Ahok akan mengalahkan pencabarnya, Agus Harimurti Yudhoyono dan Anies Baswedan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 11:18 AM