Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Shah Alam: Pengurus Projek Separuh Akhir Muzik Muzik 31, Sufian Isa enggan mengulas lanjut megenai kedudukan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel yang dikatakan digugurkan dari persaingan malam ini.

Menurut Sufian, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan sehingga ke penghujung rancangan.

"Apa-apa pun tunggu saja nanti. Kalau dia ada, adalah. Kalau tak ada, baru saya boleh memberi penjelasan," katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu spekulasi itu mula diperkatakan banyak pihak apabila segelintir peminat berkongsi mengenai perkara itu di laman Facebook tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 9:30 PM