TribunStyle.com

“Jika sekadar sayang dan cinta, lebih baik pergi,” demikian antara perbualan wanita bernama Tasya dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pemandu ojek (motosikal) yang kini tular di Indonesia.

Tanpa menyebut di daerah mana di Indonesia, mesej antara kekasih berkenaan menjadi perhatian netizen yang simpati dengan nasib pemandu ojek itu.

Lelaki terbabit bertanya apa kesalahannya sehingga diherdik kekasihnya itu.

Wanita bernama Tasya itu kemudiannya membalas jika sayang kepadanya, perlu cari wang terlebih dahulu.

“Tolong ya, kalau sayang saya, cari duit dulu. Saya tak mahu hidup susah.

“Paling kurang kena ada rumah dan kereta,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 1:44 AM