PEMANDU yang dirakam mengejek kamera keselamatan trafik. - scmp.com
Agensi

Beijing: Seorang pemandu di selatan China didenda selepas dirakam melambai pada kamera keselamatan lalu lintas dengan kedua-dua tangannya tidak memegang stering, sambil membuat mimik muka mengejek.

Gambar diambil menunjukkan pemandu yang tidak dinamakan itu beraksi seolah-olah menaiki ‘rollercoaster,’ lapor portal berita Cover.

Pemandu itu didenda 100 yuan (RM65) oleh pihak berkuasa di Guangzhou selain dua markah dibuang dari lesennya kerana memandu secara berbahaya.

Seorang anggota polis yang melihat perbuatannya dilaporkan berkata: “Perbuatannya sungguh kurang ajar, yang paling biadap pernah saya lihat. Berani dia mengejek saya?”

Portal berita itu turut menyiarkan gambar diambil dari kamera keselamatan lalu lintas sejak dua bulan lalu yang menunjukkan pemanduan berbahaya.

Ini termasuk dua orang duduk di atas pangkuan pemandu dan penumpang di sebelahnya di jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:01 AM