AKUI rimas ditanya soal kahwin. - FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Pelakon jelita Izara Aishah belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinannya dengan Adib Khalid yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza yang dikhabarkan akan berlangsung tahun ini.

Izara, 24, berkata, buat masa ini belum ada sebarang perbincangan rasmi membabitkan keluarga kedua-belah pihak.

"Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini.

"Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Izara, dia tidak terkejut dengan berita palsu mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini.

"Sebenarnya berita ini bukanlah baru untuk saya kerana di awal perkenalan saya dan Adib, orang luar sudah mengharapkan kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh empat tahun bercinta, kami sering diajukan soalan ini.

“Saya akui sedikit 'rimas' tetapi sebagai selebriti saya perlu menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 6:23 PM