KEADAAN pokok itu selepas ia tumbang akibat dipukul angin kencang. - Agensi
GAMBAR fail, pokok yang dikatakan berusia lebih 1,000 tahun sebelum ia tumbang Ahad lalu. - Agensi
AP

Los Angeles: Ribut petir yang membadai California Utara beberapa hari lalu menumbangkan pokok bersejarah yang menjadi tarikan pelancong kerana batangnya yang berlubang sehingga membolehkan kereta dipandu menerusinya.

Dipercayai berusia lebih 1,000 tahun, pokok yang diberi nama Pioneer Cabin di Taman Pokok Besar Calaveras tumbang Ahad lalu, kata pegawai taman, selepas ia tidak dapat bertahan angin kencang dan hujan lebat.

Pokok itu yang juga digelar pokok terowong dilubangkan pada 1990-an selepas terdapat lubang kecil pada pangkalnya dan sejak itu ia menjadi tarikan utama pelancong.

Seorang sukarelawan di taman itu, Joan Allday berkata, pokok berkenaan semakin lemah dan condong sejak beberapa tahun lalu.

Pokok berkenaan tumbang ketika ribut petir melanda utara California dan negeri Nevada hujung minggu lalu yang menyebabkan banjir, bekalan elektrik terputus dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 8:06 AM