Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my

Bangi: Redup dan selesa sekali gus menghadirkan rasa tenang tatkala menghabiskan masa terluang.

Barangkali ramai yang tidak tahu di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ada taman terapi berkeluasan 12 meter persegi menggabungkan unsur tanah, batu dan air yang bukan saja untuk bersantai, malah membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan angin ahmar.

Tiada bayaran masuk ke taman itu dan ia adalah hasil inisiatif Pusat Perubatan Qalam Laduni (PPQL) yang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka sejak Oktober tahun lalu.

Pengarah Urusan PPQL, Mohamed Zaki Itam,70, berkata, idea untuk membuka taman itu tercetus selepas mengkaji beberapa potong ayat al-Quran.

“Saya mengkaji tiga potong ayat al-Quran iaitu surah Ar-Rahman, Taha dan Al Hajr yang menceritakan mengenai tanah dan kejadian manusia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 11:27 AM
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang menggunakan tapak batu refleksologi di PPQL, UKM, Bangi.