Keadaan lori yang merempuh belakang kontena. FOTO Ihsan Bomba
Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


Jasin: Lelaki berusia 30-an patah kaki kanan dan cedera di perut akibat tersepit selepas lori dipandu melanggar belakang lori kontena di Kilometer 189, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, 5.15 pagi tadi.

Difahamkan kenderaan dipandu mangsa yang melekat pada belakang lori kontena turut terseret sejauh 10 meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari Pegawai Bomba Kanan II Nazaruddin Abd Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi.

"Kami ambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka menggunakan ambulans

"Mangsa memandu lori membawa muatan barangan sejuk beku, pemandu lori kontena dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 2:09 PM