Mayat Mohamad Hazmi Ishak, 24, ditemui oleh orang awam di dalam tali air berkenaan. FOTO Ihsan Polis
Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Padang Temusu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mayat Mohamad Hazmi Ishak, 24, ditemui oleh orang awam di dalam tali air berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa dikatakan menghidap penyakit sawan.

Menurutnya, mangsa berasal dari Kampung Pelet dikatakan menunggang motosikal bersendirian sebelum terjatuh ke tali air itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 2:49 PM