Anggota bomba melakukan kerja memadamkan kebakaran kontena muatan baja yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kontena muatan baja hampir terbakar keseluruhan dalam kejadian di Kilometer 24.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.

Sumber bomba berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.23 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian terdapat sebuah lori kontena muatan baja terbakar hampir 70 peratus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 2:55 PM