HM Digital
am@hmetro.com.my


• Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, 1.20 tengah hari akibat komplikasi jantung.

• Polis tumpaskan kegiatan proses dan edar dadah disyaki jenis eramin 5 berikutan lapan serbuan di Selangor dan Johor babitkan rampasan bernilai RM3 juta.

• KSU kementerian dan anak lelakinya disambung reman empat hari bagi bantu siasatan berhubung penyalahgunaaan kuasa dan kedudukan dengan menerima rasuah.

• Wanita yang didakwa tinggalkan kanak-kanak lelaki tiga tahun di rumah sewa di Tampin dijatuhi hukuman denda RM10,000.

• Kedi golf dihadapkan ke Mahkahmah Majistret atas tuduhan membunuh wanita yang juga rakannya, bulan lalu.

• Seorang ‘ulat tiket’ didenda RM3,000 atas tuduhan memujuk orang awam secara tidak sah untuk membeli tiket di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar.

• Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak rampas 160 balak pelbagai jenis bernilai RM55,000 di tepi Sungai Rajang berdekatan Kampung Banyok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 6:54 PM