Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Samsung Malaysia memperkenalkan model S7 edge warna Black Pearl bersama storan hingga 128GB pada harga RM3,399 bermula esok.

Sebelum ini Samsung Co Ltd memperkenalkan warna baru untuk model Samsung Galaxy S7 edge iaitu Blue Coral menjadikannya warna kelima sebagai pilihan ditawarkan kepada pelanggan ketika ini.

S7 edge datang dengan ciri kalis air dan habuk pada piawaian IP68.

Dengan saiz storan yang besar, pengguna boleh memuatkan pelbagai jenis gambar dan video yang dirakam menggunakan ciri diperkenalkan iaitu Selfie Flash dan Motion Panorama dengan hanya menggunakan kamera telefon pintar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 7:03 PM