Lukasz Robert Pawlowski, 33.
Agensi

London: Seorang lelaki mengelar lehernya sendiri dalam mahkamah ketika hakim hendak menjatuhkan hukuman bagi kesalahannya mencabul jurujual wanita.

Lukasz Robert Pawlowski, 33, meminta ke tandas namun apabila dia kembali, lelaki itu mengelar lehernya dan jatuh berlumuran darah dalam Mahkamah Majistret Pembrokeshire, di Wales Barat.

Menurut Daily Mail, ambulans dan helikopter dikejarkan ke tempat kejadian dan dia dihantar sebuah hospital di Swansea.

Polis kini sedang menyiasat bagaimana lelaki itu memperoleh senjata yang digunakannya itu.

Pawlowski menghadapi dakwaan serangan seksual, termasuk meraba pembantu jualan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 11:22 PM