Shamran Sarahan
am@hemtro.com.my


Petrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, 12.05 tengah hari tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Selang 15 minit selepas itu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib turut tiba pada 12.20 tengah hari.

Pada 12.28 tengah hari, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut kelihatan memberi penghormatan terhadap Allahyarham.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, 10.58 pagi tadi dan Solat jenazah akan dilakukan selepas Zuhur.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Jalan Sultan Tengah, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 1:27 PM
JENAZAH Allahyarham Tan Sri Adenan Satem tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad
ORANG ramai mula hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad