KEADAAN kereta yang merempuh pagar. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Seri Kembangan: Lelaki dan wanita parah selepas kereta dinaiki merempuh pagar Pejabat Plaza Tol Mines di Lebuhraya Besraya di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 pagi dan bergegas ke lokasi.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang ke lokasi mendapati mangsa wanita warga Indonesia berusia 42 tahun sudah dikeluarkan oleh orang awam.

"Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa lelaki warga tempatan berusia 47 tahun. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 1:44 PM