Keadaan jari kanak-kanak yang membengkak kerana cincin dipakai gagal ditanggalkan. FOTO ihsan pengadu
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Seorang budak perempuan menahan kesakitan lebih dua minggu apabila jari manisnya membengkak akibat cincin dipakai tidak dapat ditanggalkan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dipercayai tidak memberitahu kesakitannya itu kepada keluarga kerana bimbang dimarahi.

Ibu mangsa yang mahu dikenali Salina, 47, berkata kejadian itu disedari seorang anak perempuan yang berusia 19 tahun ketika mahu memakaikan inai di jari adiknya itu, kira-kira jam 8 malam tadi.

"Kami cuba menanggalkan cincin itu menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan minyak, losyen dan sabun mandi namun gagal.

"Bimbang keadaan lebih buruk, kami membawanya ke Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 untuk mendapatkan bantuan.

“ Anggota berjaya memotong cincin berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 1:48 PM