Keadaan mayat lelaki yang ditemui di sungai Kampung Kubang Telaga hari ini. FOTO Ihsan pembaca
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Bachok: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui terapung dalam sungai di Kampung Kubang Telaga di sini, hari ini.

Mayat itu yang belum dikenal pasti identiti ditemui orang awam kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan penemuan itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk dibedah siasat dan mengenal pasti identiti.

"Sebelum itu, orang awam menghubungi Balai Polis Gunung memaklumkan penemuan itu dan sepasukan anggota ke lokasi untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan masih lagi dijalankan susulan penemuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 1:54 PM