Shamran Sarahan
shamss@hmetro.com.my


Petra Jaya: Jenazah Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selesai disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang, 1.46 tengah hari tadi.

Diikuti dengan Istiadat Negeri, seramai sembilan anggota pasukan keselamatan mengusung keranda Allahyarham ke tanah perkuburan itu bagi upacara pengebumian.

Rombongan jemaah Menteri Sarawak dan Persekutuan turut mengiringi rombongan jenazah.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, semalam, kerana komplikasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 2:01 PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg bersama rakyat menunaikan solat jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Kuching. FOTO Aizuddin Saad
ORANG ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad