Nur Firdaus Ibrahim, 21, yang mengalami luka di beberapa anggota badan masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru. Ibu mangsa, Jumiah Otto, 56. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


Johor Bahru: Mangsa penderaan majikan, Nur Firdaus Ibrahim, 21, yang mengalami luka di beberapa anggota badan masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ibu mangsa, Jumiah Otto, 56, berkata anaknya masih bergerak menggunakan kerusi roda berikutan keadaannya masih lemah.

"Nur Firdaus menyatakan menjadi mangsa penderaan fizikal majikan hampir tiga bulan dan dikurung selama tiga hari sebelum diselamatkan keluarga kelmarin.

"Dia masih mengalami kesakitan terutama di bahagian bahu, tangan, telinga dan tapak kaki akibat didera majikan.

"Kami berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap majikannya ," katanya ketika ditemui di HSI di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 4:04 PM