FOTO Hiasan
Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


Kuantan: Seorang penumpang bas ekspres meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Melaka dari Kuala Terengganu, dekat Cherating di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 2.30 pagi itu disedari pemandu bas ekspres berusia 40 tahun yang berhenti di Sungai Ular, Cherating, di sini, selepas mendapati seorang penumpangnya berada dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, mangsa lelaki berusia 43 tahun berasal dari Kemaman, Terengganu.

Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemandu bas itu cuba mengejutkan lelaki berkenaan namun dia tidak bergerak atau menunjukkan sebarang reaksi.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas berhubung kejadian dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mangsa memiliki rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 6:57 PM