RATU Elizabeth II. FOTO AP

London: Ratu Elizabeth II menjadi raja Britain pertama menduduki takhta diraja selama 65 tahun, hari ini.

Jubli Nilam Ratu Elizabeth II ditandai dengan tembakan 41 das oleh meriam Perang Dunia Pertama di Green Park di London dan 62 das di Tower of London.

Buckingham Palace juga menyiarkan gambar Elizabeth yang dirakam jurugambar Britain, David Bailey pada 2014.

Dalam gambar itu, Elizabeth memakai set barang kemas nilam yang diberikan kepadanya oleh bapanya sebagai hadiah perkahwinan pada 1947.

Pihak Istana berkata Elizabeth yang berusia 90 tahun akan berada di Sandringham di timur England.

Baginda tidak menyambut ulang tahun penabalannya yang dikenali sebagai Hari Ascension kerana ia juga adalah ulang tahun kemangkatan ayahnya.

Elizabeth menjadi ratu atas kemangkatan bapanya, Raja George VI, akibat kanser paru-paru pada usia 56 pada 6 Februari 1952.

Elizabeth melepasi Ratu Victoria sebagai raja Britain paling lama berkhidmat pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 11:35 PM