ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap. - scmp.com

Beijing: Pengawal keselamatan yang ditugaskan membawa sejumlah wang menaiki van terbukti bekerja dengan penuh dedikasi apabila enggan meninggalkan kenderaan itu selepas terbabit nahas malah turut mempedulikan seorang lelaki warga emas yang terperangkap akibat kejadian itu.

Warga emas terbabit dan seorang lagi pejalan kaki cedera dalam kejadian di Chongqing itu selepas van berkenaan hilang kawalan berikutan pemandunya cuba mengelak melanggar anjing, lapor portal berita tempatan Cqnews.com.

Warga emas terbabit terpelanting ke dalam parit dengan kakinya tersepit di celah tembok yang runtuh, dengan kenderaan berkenaan menutup lubang berkenaan.

Namun, pengawal berkenaan tidak menghiraukan atau membantunya sebaliknya terus menjaga van berisi wang itu sehingga bomba tiba di tempat kejadian, 15 minit kemudian.

Menurut pemandu van itu, dia hilang kawalan selepas mengelak anjing berkenaan disebabkan keadaan jalan yang licin akibat hujan.

Anggota penyelamat berjaya mengangkat lori itu dan melepaskan mangsa yang terperangkap di bawahnya.

Kedua-dua mangsa itu hanya mengalami cedera ringan.

Wang di dalam van berkenaan berjaya dipindahkan ke kenderaan lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 9:47 AM