HM Digital
am@hmetro.com.my

• Polis Diraja Malaysia menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan pembabitan ejen khas perisikan luar negara berhubung kematian Kim Jong-nam, Isnin lalu.

• Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor tumpaskan sindiket pemprosesan dadah terbesar dengan nilai rampasan RM12.5 juta.

• Lelaki maut selepas Proton Wira dipandunya dirempuh treler dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 73.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Tanjung Pagar, Terengganu.

• Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan menculik seorang pengarah eksekutif bergelar Datuk dan meminta wang tebusan RM19 juta, dua tahun lalu.

• Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan tiga lelaki serta merampas dua kilogram ganja di Jalan Tampin-Seremban, Negeri Sembilan.

• Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jangka keputusan PRK DUN Tanjong Datu, diumumkan 8 malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 7:21 PM