Che Tom (kanan) meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara 2.14 pagi tadi. FOTO Effendy Rashid (gambar fail)
Fardy Bungga
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara 2.14 pagi tadi.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan solat jenazah.

Katanya, jenazah kemudiannya akan dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate.

"Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada 9.00 pagi.

"Didoakan semoga Almarhumah Bonda Hajjah Che Tom Yahaya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,"katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 3:23 AM