Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


Kuantan: Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala serta putus lima jari di Jalan Pasar, di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan dianggarkan berusia 20-an, maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 5 pagi tadi

Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 10:58 AM
MANGSA ditemui mati di Jalan Pasar, Kuantan oleh orang awam. FOTO ihsan pembaca