mutakhir

NGO gesa henti spekulasi, tuduhan

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu wakil Korea Utara menghentikan sebarang spekulasi dan tuduhan tidak berasas berkaitan siasatan kematian Kim Jong-nam yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkaitan di negara ini.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tuduhan wakil Korea Utara kononnya kerajaan bersekongkol dengan Korea Selatan dan mahu menyembunyikan sesuatu juga tidak berasas serta melulu.

Beliau berkata, rakyat di negara ini percaya dengan kemampuan dan ketelusan siasatan yang dilakukan pihak berkaitan dalam menyelesaikan kes membabitkan pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

Sebelum itu, beliau bersama beberapa NGO lain mengadakan bantahan di depan Kedutaan Korea Utara dengan menghantar memorandum berkaitan isu itu.

Disiarkan pada: March 11, 2017 @ 8:24am
d