PANDANGAN belakang yang memukau.
ILYA bersama jentera kesayangannya.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
metahad@hmetro.com.my

Di Jepun, jentera Toyota Trueno atau AE86 sangat digilai dan digelar Raja Gunung Akina selepas kejayaannya mengalahkan beberapa kenderaan lain dalam filem Initial-D.

Impak daripada filem itu merebak ke seluruh dunia dan AE86 mula dicari kaki lumba khususnya pelumba drift. Di Malaysia, kelibat jentera ini sukar ditemui tetapi jentera milik Ilya Izzaini Azmi, 25, memiliki bentuk dan rupa hampir sama dengan jentera dikendalikan Jay Chou yang memegang watak Takumi Fujiwara dalam filem berkenaan.

Jentera itu dihadiahkan bapanya selepas mendapati Ilya sangat meminati kereta AE86 dalam filem Initial-D.

Kereta buatan 1985 ternyata cukup berkuasa apabila digerakkan enjin 4AGE 20V yang lengkap dinaik taraf dengan pelbagai komponen berprestasi tinggi untuk kelajuan.

Tidak hairanlah ia mampu menghambur 280hp (kuasa kuda) pada bukaan 11,500 rpm selepas melalui kerja modifikasi yang antara lain mengguna pakai omboh Arias 83mm yang dipadankan pada stroker kit 1,900cc.

Selain kepala silinder dilakukan port dan polish, pelbagai komponen berprestasi seperti Cam 284 int/ex, Supertech Valve Spring,TRD Metal Gasket dan kotak gear asli TRD dimuatkan bersama.

Menariknya, keselarasan dan kelancaran jentera ini hanya menggunakan cecair khas Alcohol Spray System yang bertindak mengurangkan geseran enjin dan memberi lebih kuasa apabila diperlukan. Pada masa sama, pelincir ini bertindak sebagai penyejuk enjin, selain dibantu tangki radiator DND bagi kawalan bahang enjin.

Sudut dalaman jentera lengkap dengan besi keselamatan roll cage TRD dan kerusi ‘bucket’ Bride, manakala ruangan meter kelajuan dirombak sepenuhnya menggunakan pelbagai aksesori meter tambahan.

Luaran jentera tampak sama daripada tulisan Jepun sehinggalah kit badan tidak ubah seperti kembar jentera dalam filem berkenaan.

Cuma penambahan Spoliler TRD pada bahagian belakang, manakala rim Longchamps 15 inci menjadikan jentera sedikit berbeza.

Kuasa hentian pula menggunakan sistem brek TRD, manakala keseimbangan jentera daripada suspensi boleh laras F-Tuned.

Selain rupa bentuk, deruman enjin jentera dihambur melalui sistem ekzos 4-2-1 MTS Titanium dengan lampu hadapan ‘flip-up’ ternyata memukau sesiapa saja.

INFO

TOYOTA LEVIN TRUENO AE86 (KELUARAN 1985)

• Enjin: 4AGE 20V 280hp

• Kotak gear: TRD

• Piston: Arias 83mm

• Stroker Kit: 1,900cc

• Head port dan polish

• Cam Pulley: 284 int/ex

• Valve spring: Supertech

• Metal gasket: TRD

• Alcohol Spray System

• Radiator: DND

• Roll Cage: TRD

• Kerusi bucket: Bride

• Kit badan: Trueno (asli)

• Sistem brek: TRD

• Sistem gantungan: F-Tuned

• Ekzos: MTS Titanium

• Kelab: Emas Rosina Racing Team

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 5:17 AM