HM Digital
am@hmetro.com.my


Metro@7 20 Mac 2017

•Polis tahan lelaki berusia 47 tahun yang menyamar sebagai penjawat awam dan terbabit dalam kes penipuan membabitkan wang tunai berjumlah RM800, 000 di Seberang Prai, Khamis lalu.

•Mahkamah Majistret melanjutkan tempoh reman tujuh hari terhadap seorang peniaga yang ditahan dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di Ampang, Ipoh, 13 Mac lalu.

•Makam Nik Dayang, sebuah kubur lama dianggarkan berusia hampir 200 tahun di Kampung Hailam, akan dipindahkan ke Makam Hang Tuah, Tanjung Kling bagi mengelakkan ia menjadi pusat aktiviti kurafat.

•Dua wanita berjaya diselamatkan anggota bomba selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.4 meter di Kampung Batu, pagi tadi.

•Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyaksikan Majlis Menandatangani MOU Penajaan dari SCGM Berhad

•Hampir 500 petugas media mula membanjiri pusat pendaftaran di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) seawal jam 9 pagi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 7:49 PM