UYAINA Arshad. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Dinobatkan sebagai juara program Nona Manis 2015, Uyaina Arshad mampu melangkah selesa apabila kehadirannya dalam dunia pengacaraan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Karier personaliti jelita ini berkembang mekar sejak mengacarakan program popular TV3, Nona dan Wanita Hari Ini (WHI) bahkan dia antara pelapis muda paling menyerlah kini.

Senyuman manis yang menguntum di bibir dan kepetahan bicaranya menjadi senjata paling ampuh untuk terus bertahan dalam bidang yang diceburi. Pendek kata dia mempunyai pakej lengkap sebagai personaliti TV.

“Syukur, kontrak saya sebagai pengacara Nona disambung setahun lagi dan ia memberikan justifikasi serta semangat untuk memastikan rancangan ini terus menjadi pilihan ramai.

“Lebih manis, saya juga diberikan kepercayaan mengendalikan program Wanita Hari Ini setiap Khamis,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 7:30 AM