DR KATALINA. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Tujuh tahun berkhidmat sebagai doktor, penyanyi dan pelakon Dr Katalina mengambil keputusan berhenti bagi mengukuhkan karier seninya.

Katalina atau nama sebenarnya, Siti Khadijah Awang Amat, 33, bagaimanapun menjelaskan dia belum meninggalkan bidang perubatan kerana membuka klinik rawatan kecantikan di Saville, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

“Walaupun berat hati meninggalkan kerjaya ini, saya masih bergelar doktor. Ramai pengguna di media sosial mengecam keputusan ini dan saya sudah lali.

“Lagipun, sudah lama saya berhasrat membuka klinik rawatan kecantikan,” katanya pada majlis pelancaran video muzik lagu Kan Terjadi, baru-baru ini.

Anak seni ini berkhidmat di Hospital Selayang selepas menamatkan pengajian di Russia sebelum ditukarkan ke Klinik Kesihatan Temerloh dan kemudian dilantik sebagai doktor peribadi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selama tiga tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 7:32 AM