ANNUAR (kiri) dan Tunku Ismail. Gambar kecil, Mohd Sadek Mustafa. FOTO Zunnur Al Shafiq dan Osman Adnan
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Kalau setakat mahu meneruskan tradisi, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) akan tetap berada di takuk lama.”

Itu peringatan disuarakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa (gambar kecil) kepada 39 perwakilan yang diberikan mandat memilih barisan baru Exco FAM pada pemilihan Kongres Ke-53, Sabtu ini.

Beliau berkata, kesemua perwakilan itu tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri sebaliknya sedar sudah tiba masanya untuk FAM melakukan perubahan drastik khususnya dalam urus tadbir organisasi berkenaan.

“Saya berharap 39 perwakilan daripada 20 ahli gabungan FAM yang diberikan mandat untuk mengundi membuat keputusan tepat. Mereka tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri di mana mereka tidak mempunyai keyakinan untuk menghadapi gaya kerja baru di FAM jika teraju badan induk itu berubah.

“Jika ini masih berlaku, maka selamanya bola sepak kita tidak akan berubah,” kata Sadek kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 7:49 AM