MAI (kanan) menunjukkan kukunya. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Seorang lelaki berusia 40 tahun ‘membela’ kuku pada tangan kirinya sejak 21 tahun.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Mai itu berkata, dia menghabiskan separuh usianya membela kukunya walaupun ada kalanya ia menyukarkan pergerakannya.

“Kadangkala saya sukar membuat kerja dan kuku saya mudah patah disebabkan terlalu panjang,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki di India, Shridhar Chillal, 78, dimasukkan dalam Buku Rekod Guinness kerana memiliki kuku terpanjang pada sebelah tangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 7:53 AM