Walaupun si kecil Taimur Ali Khan Pataudi baru berusia tiga bulan, kecomelan dan statusnya sebagai anak pasangan bintang Bollywood terkenal, Saif Ali Khan serta Kareena Kapoor membuatkan orang semua nak tahu mengenainya.

Baru-baru ini, Kareena membawa anaknya pusing-pusing di sekitar bandar Mumbai. Walaupun Taimur yang didukung pengasuhnya ditutup seluruh tubuh dengan selimut dan hanya menampakkan kepala, tetapi kehadirannya dalam kereta bersama ibu tetap dapat dihidu paparazi dan gambar itu menjadi tular.

Sejak hamilkan Taimur lagi, Kareena bersikap terbuka. Katanya, walaupun Taimur berdarah bangsawan dan ibu bapanya bintang terkenal, itu tidak bermakna Taimur akan dikelilingi pengawal peribadi.

Khabarnya, Kareena bercadang untukmembawa Taimur ke lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Veerey Di Wedding. Jika benar, maka dapatlah jurugambar dan paparazi merakam lebih banyak aksi si kecil itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 9:30 AM