Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd (MESM) menyasarkan segmen pendingin hawa mampu menyumbangkan jualan 16 peratus daripada keseluruhan perniagaan bahagian elektronik pelanggan menjelang 2020.

Pengarah Urusannya Hiroaki Ashizawa berkata, sasaran itu yakin dicapai didorong pengenalan model terbarunya, R32 daripada Siri MS-HN.

“R32 adalah satu daripada produk generasi akan datang yang hadir bersama sistem penyejuk bercirikan sifar ozon (ODP) dan 675 hartanah Pemanasan Global (GWP) apabila penghasilannya dicipta satu pertiga sama seperti sistem model sedia ada, R410a.

“Dengan memperkenalkan sistem R32 baru yang dilengkapi dengan Program Pemilikan Mudah (EOP), ia lebih menjamin prestasi produk ditawarkan pada kos berpatutan kepada pengguna,” katanya pada majlis pelancaran pendingin hawa R32, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain menawarkan ciri mudah untuk membersih, siri MS-HN juga dinilai sebagai produk pendingin hawa lebih cekap dengan pencapaian terbarunya yang diiktiraf sebagai Malaysia Energy Star tertinggi.

Menurutnya, pengenalan model berkenaan bukan saja berupaya mempertingkatkan lagi DNA Mitsubishi Electric, malah turut bertindak sebagai langkah tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan terhadap masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 7:18 AM
Hiroaki (kiri) pada majlis pelancaran pendingin hawa R32, semalam.