Siti Fatimah Nasir
am@hmetro.com.my


Petaling Jaya: “Selagi tidak dapat, selagi itu saya akan cuba mendapatkannya kerana ia adalah prinsip yang saya pegang sejak dulu jika inginkan sesuatu,” kata peminat kereta mainan Hot Wheels, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menariknya, koleksi berkenaan tidak disimpan dalam kotak pameran tetapi menggunakan kreativiti dengan melekatkan kereta mainan itu pada kereta Jaguar S-Type miliknya.

Lihat saja penampilan dan gaya Mahadi, 34, atau mesra dengan panggilan Mahadi BZ sememangnya mempunyai personaliti yang unik di samping gemar mengumpul koleksi kereta mainan Hot Wheels sebagai aktiviti masa lapang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Financial Genius Group (FGG) itu berkata, minatnya dalam mengumpul kereta mainan bermula sejak 13 tahun.

Kini, beliau mempunyai lebih 5,000 koleksi mainan yang terdiri daripada Hot Wheels serta beberapa campuran kereta mainan lain yang berjenama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 8:07 AM
TAMPAL ribuan kereta Hot Wheels pada Jaguar S-Type.