Realiti hari ini, wanita tidak lagi melihat kesempurnaan wajah pada mereka yang memiliki kulit cerah dan cantik tanpa sebarang cela. Sebaliknya, bentuk muka ideal tanpa lipatan di bawah dagu turut menjadi idaman wanita.

Bagi mencapai kontur muka berbentuk V bukan hanya melakukan urutan di spa, sebaliknya sapuan krim khas pada wajah turut membolehkan wanita mendapat bentuk muka idaman.

Menerusi rangkaian Shaping Facial Lift daripada Clarins, ia membolehkan wanita mencapai tiga tindakan utama iaitu mengecil, mengangkat dan menegang agar bentuk wajah kelihatan ‘langsing’ dan lebih tajam.

Dengan tindakan kuasa V Contouring, krim ini direka khas untuk wanita Asia. Gabungan ekstrak tumbuhan iaitu guarana dan halia membantu mengurangkan lemak berlebihan pada muka seterusnya dibuang menerusi perpeluhan.

Menerusi penyelidikan dan pembangunan serta teknologi dalam penghasilan serum ini, ia turut mensasarkan kepada lima bahagian iaitu pipi, bawah rahang dan dagu yang menjadi penyebab utama bentuk wajah bulat dan berlemak.

Selain muka, krim untuk mata juga berkesan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata menjadikannya lebih besar dan cerah. Bahagian yang bengkak pada bawah mata semakin berkurang selepas rutin pemakaian pada setiap hari.

Rangkaian produk Shaping Facial Lift Clarins ini boleh didapati di semua kaunter Clarins seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 2:31 AM