CHONG menerangkan mengenai rangkaian penjagaan rambut terkini Sunsilk Hijab Recharge untuk wanita bertudung.
CHONG (kiri) bersama Pengarah Penjenamaan Unilever Siti Suhaila Abd Hamid dan Phoenix (kanan) ketika pelancaran Sunsilk Hijab Recharge, baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Bagi kebanyakan gadis, memakai hijab adalah ekspresi luaran secara peribadi yang menggambarkan keutuhan dalam memenuhi tuntutan agama.

Namun begitu, memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar sangat penting agar wanita tampil lebih yakin dalam apa jua keadaan. Cabaran dalam penjagaan rambut bagi mereka yang bertudung dan tidak bertudung juga amat berbeza.

Memahami hal ini, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge, rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus untuk mereka yang bertudung. Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan dengan penggunaan bahan semula jadi Sunsilk berhasrat memberi kekuatan kepada wanita agar tampil bergaya dan memiliki rambut yang segar dan sihat walaupun berhijab.

Menurut Pengarah Pemasaran Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Vincent Chong, hampir 80 peratus wanita Malaysia memakai hijab sepanjang masa dan kini ia turut menjadi penggayaan dalam fesyen semasa. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Malaysia, penting bagi Sunsilk melakukan evolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah.

“Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih untuk memperkenalkan produk berinovasi dan menjadi pilihan pertama gadis bertudung yang sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dihasilkan menerusi usaha sama pakar penjagaan rambut secara semula jadi, Jamal Hammadi, Sunsilk Hijab Recharge dirumus dengan bahan semula jadi dan hadir dalam tiga rangkaian berbeza.

Syampu Segar Berhijab dengan buah tin kaya antioksidan, membantu membersihkan kulit kepala daripada peluh, kesan berminyak, sel kulit mati dan mengekalkan kesegaran berpanjangan. Anti Rambut Gugur pula dirumus dengan ekstrak akar ginseng yang membantu mengekalkan nutrien, memperkuatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Syampu Anti Kelemumur pula dihasilkan untuk wanita yang menghadapi masalah kelemumur, diperkaya dengan pati buah-buahan sitrus menjadikan rambut kekal segar dan bermaya.

Tambah Pengurus Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Phoenix Ho, pengguna masa kini lebih prihatin dan cenderung menggunakan produk penjagaan rambut yang dibuat daripada bahan semula jadi serta mampu memberikan banyak manfaat.

“Pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami bersungguh-sungguh ingin membantu gadis memiliki rambut lembut menawan menerusi kaedah mudah dan menyeronokkan,” katanya.

Selain memupuk keyakinan diri wanita, Sunsilk turut membabitkan diri menerusi penggayaan hebat dengan jalinan kerjasama bersama peneraju hijab Aidijuma.

Untuk itu perkongsian antara Sunsilk dan Aidijuma memberikan kekuatan kepada gadis untuk tampil lebih berkeyakinan. Sunsilk bersama Aidijuma turut melancarkan tujuh selendang dengan corak eksklusif sempena pelancaran Sunsilk Hijab Recharge.

Menampilkan corak ceria dengan motif yang diminati ramai, empat corak sudah berada di pasaran, pelanggan boleh mendapatkannya secara percuma dengan setiap pembelian dua botol Sunsilk Hijab Recharge manakala tiga corak akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Sunsilk Hijab Recharge boleh didapati di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, farmasi dan ejen jualan sah seluruh negara pada harga RM13.85 untuk 320 milimeter (ml) dan RM8.50 untuk 160ml.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 5:59 AM