PESERTA Bowling Media Strikes Again 2017 bergambar kenangan.

Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menganjurkan Pertandingan Bowling Media Strikes Again 2017 edisi kelima yang berlangsung di Wangsa Bowl, IOI Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Program tahunan itu disertai 34 pasukan daripada 23 agensi media cetak, elektronik dan media dalam talian bertujuan memperkukuhkan semangat kerjasama antara media dengan JaPen.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Pengurus Besar BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Berita Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Nasharudin Tajudin dan Ketua Pengarang Thaimoli Tamil Selvan yang membuat balingan pertama sebagai tanda simbolik.

Pertandingan itu diungguli Utusan Mega dengan 1,341 jatuhan pin sekali gus membawa pulang RM1,000 serta hamper diikuti NTV7 (1,313), RTM (1,267).

Bagi kategori individu, dua wakil NTV7 Ahmad Fadhilah Abdul Aziz dan Lyana Ramli dinobatkan pemenang selepas melakukan 427 dan 273 jatuhan pin. Kedua-duanya membawa pulang RM200.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 5:24 AM