KAMARIAH terpaksa menggunakan payung di dalam rumah setiap kali hujan.
Amran Yahya
am@hmetro.com.my


Kuala Pilah: Seorang warga emas terpaksa menggunakan payung setiap kali hujan lebat kerana bumbung rumah usangnya di Kampung Sungai Dua Besar, di sini, mengalami kebocoran sejak enam bulan lalu.

Kamariah Yusof, 75, yang tinggal bersendirian di rumah pusaka berusia lebih 60 tahun itu tiada pilihan melainkan terpaksa hidup dalam keadaan basah kuyup serta kesejukan jika hujan lebat.

Menurutnya, dia lebih selesa tinggal bersendirian disebabkan dua anaknya menetap di tempat lain bersama keluarga masing-masing.

“Setiap kali hujan, tiada ruang untuk saya berteduh dan terpaksa menggunakan payung dalam rumah. Saya pernah beberapa kali tinggal bersama anak-anak tetapi jiwa rasa lebih selesa di rumah sendiri kerana dapat bertemu rakan.

“Keputusan untuk terus tinggal di sini dengan kerelaan sendiri dan bukannya atas desakan sesiapa,” katanya ketika ditemui selepas Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) melakukan program khidmat masyarakat di rumahnya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 7:04 AM