Kehilangan Ehiogu dirasai Spurs. FOTO AGENSI
Reuters

London: Bekas pemain pertahanan England dan Aston Villa Ugo Ehiogu meninggal dunia, hari ini, pada usia 44 akibat serangan jantung.

Menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur, Ehiogu, yang bertugas sebagai jurulatih B-23 England dikejarkan ke hospital selepas tiba tiba rebah di padang latihan kelab itu, semalam.

Dia menerima tawatan serta merta di hospital dan meninggal dunia awal pagi tadi menurut kelab EPL itu dalam satu kenyataan.

"Perkataan tidak dapat menggambarkan kejutan dan kesedihan kami rasakan di kelab ini," kata ketua kejurulatihan dan pembangunan Tottenham John McDermott.

"Kehilangan Ugo sukar diganti."

Ehiogu yang menghabiskan sepanjang kariernya di Aston Villa dan menjulang Piala Liga bersama kelab itu pada 1996, memiliki empat kap antarabangsa bersama England.

Dia juga beraksi sebanyak 300 perlawanan untuk Villa, 100 kali untuk Middlesbrough selepas mengikat kontrak bersama kelab itu pada 2000.

Dia menyertai kejurulatihan Tottenham pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 5:00 PM