Aksi Ibrahim ketika melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur 13 Mac lalu. FOTO Yazit Razali
Nabihah Kamal 
nabihah.kamal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh ditahan polis di Segamat, Johor hari ini.

Menurut sumber, Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di hotel di bandar itu. 

Ibrahim sering melakukan ritual pelik termasuk pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim  kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 7:28 PM